SHAH ALAM, 30 JAN: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan potongan hingga 15 peratus untuk pembelian karya terbitannya di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) 2025 sejak semalam hingga Ahad ini.
Berlangsung di Pasar Seni Kuala Lumpur, IBDE akan berada di reruai Indoor Atrium 16 dan 17 bermula 10 pagi hingga 10 malam sepanjang pesta berlangsung.
Menurut IBDE lima buku terlaris terjual semalam di KLAB 2025 adalah Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal, Perincian dan Khianat.
[caption id="attachment_684578" align="aligncenter" width="855"] Lima buku terlaris Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) 2025 yang bermula 29 Januari hingga 2 Februari 2025. Foto Facebook Buku IBDE[/caption]
Judul lain adalah 40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa dan Penaklukan Andalusia.
“Jangan lepaskan peluang ini. Datang KLAB dan temui buku IBDE kerana kami bawakan untuk anda terjemahan karya agung dunia,” katanya menerusi Facebook.
Menurutnya, pembeli turut berpeluang menerima Kalendar IBDE 2025 secara percuma selain cenderahati baju tokoh agung dunia dan beg kanvas IBDE turut dijual.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan 2025 mengumumkan RM2 juta diperuntuk untuk meneruskan usaha penterjemahan karya utama untuk mencambahkan perkembangan ilmu.
Menurut Amirudin usaha terjemahan ini merupakan suatu ikhtiar warisan lama tamadun Islam.
IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.
Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com
[caption id="attachment_684585" align="aligncenter" width="1104"] Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menawarkan potongan hingga 15 peratus untuk pembelian karya terbitan IBDE di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) 2025 yang bermula 29 Januari hingga 2 Februari 2025. Foto Facebook Buku IBDE[/caption]
[caption id="attachment_684580" align="aligncenter" width="642"] Antara buku Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur (KLAB) 2025 yang bermula 29 Januari hingga 2 Februari 2025. Foto Facebook Buku IBDE[/caption]