ad
BERITA UTAMA

Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa

29 Jan 2025, 7:00 AM
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa
Perpaduan bawa kesejahteraan, aneka bantuan buat masyarakat Tionghoa

[caption id="attachment_684454" align="aligncenter" width="981"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika hadir di kediaman EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ng Suee Lim sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Seksyen 7, Shah Alam pada 29 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2025 kepada seluruh komuniti Tionghua di Malaysia, khususnya warga Selangor.

Seperti amnya, saya berkesempatan melihat proses persiapan akhir yang diambil sebelum pulang ke kampung halaman, berkunjung ke rumah ibu bapa, serta meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat untuk menyambut perayaan bersama orang tersayang.

Menurut astrologi Cina, satu antara 12 haiwan yang mengambil alih naga kayu pada tahun lalu adalah ular dengan elemen kayu. Meskipun fahaman asas di Barat terhadap ular mungkin mempunyai pandangan kurang positif, ular dilihat mempunyai sudut dan unsur yang lebih kompleks dalam kalangan orang Cina.

Haiwan ini dilihat berkait dengan musim menuai, pembaharuan, kerohanian, serta keuntungan.

Di Selangor, meskipun kita negeri paling rencam dan merupakan melting pot di Malaysia, kita sentiasa harus mengingati dan mengangkat kepentingan kepelbagaian sebagai satu kekuatan. Jangan kita memberi peluang kepada sesiapa untuk mencemar atau mengganggu-gugat kesefahaman antara kaum di Selangor.

Kita harus sentiasa mengambil jalan moderat, kerana itulah asas yang membolehkan ekonomi Selangor terus berkembang secara adil bagi seluruh masyarakat. Tahun lalu, ekonomi Selangor berkembang dengan kadar 7.43 peratus, melebihi kadar nasional.

Melangkah ke hadapan, saya menekankan kepentingan pendidikan supaya kerajaan menyediakan asas untuk rakyat berjaya melalui usaha pendidikan yang bukan hanya terhad kepada ruang dan tempoh persekolahan, tetapi kita harus mengubah fikiran dan mementingkan pendidikan sepanjang hayat kerana dunia hari ini berubah pada kadar amat pantas.

Itu yang mendorong Kerajaan Negeri untuk melangkah ke hadapan dan berusaha mengeluarkan Kertas Putih Kecerdasan Buatan (AI) di samping memberi fokus kepada industri semikonduktor kerana Selangor memiliki potensi untuk mengambil peluang keemasan di dalam sektor ini.

Tambahan kepada itu, bulan lalu, saya menyerahkan bantuan RM8 juta kepada 119 Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Menengah Persendirian Cina di seluruh negeri kerana Kerajaan Selangor ingin melihat kemudahan terus dipertingkat.

Untuk berjaya pada masa hadapan dengan peluang pekerjaan berkualiti untuk anak-anak kita, saya percaya pendidikan berkualiti kunci kepada kejayaan ini, dan pentadbiran saya sentiasa mencari peluang dan idea baharu untuk memastikan Selangor sentiasa menjadi negeri barisan hadapan di dalam aspek ini.

Akhir sekali, saya mendoakan agar anda semua sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan. Dengan doa dan harapan tersebut, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada anda semua yang akan disambut selama 15 hari.

Xin Nian Kuai Le!

Se Nian Xing Da Yun!

DATO’ SERI AMIRUDIN SHARI

Dato’ Menteri Besar Selangor

 

[caption id="attachment_661958" align="alignleft" width="536"] EXCO Pelaburan Ng Sze Han. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Saya berharap Selangor mencapai kejayaan mantap dan sempurna, seperti ular yang melambangkan kesempurnaan. Selamat tahun baharu kepada semua.

Ng Sze Han

EXCO Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti

 

[caption id="attachment_661954" align="alignright" width="494"] Dato’ Ir Izham Hashim. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Raikan perayaan bersama keluarga tersayang dan semarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat agar Malaysia terus mencapai keamanan dan keharmonian sejagat.

Dato’ Ir Izham Hashim

EXCO Infrastruktur & Pertanian

 

 

 

[caption id="attachment_661951" align="alignleft" width="534"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat yang menyambutnya. Semoga perayaan ini menjadi pemangkin untuk kukuhkan perpaduan.

Datuk Borhan Aman Shah

EXCO Perumahan & Kebudayaan

 

 

[caption id="attachment_661957" align="alignright" width="530"] EXCO Pembangunan Kerajaan Tempatan, Pelancongan, Pembangunan Kampung Baru, Dato’ Ng Suee Lim
Foto RADIN WAZIR[/caption]

Saya mengucapkan selamat tahun ular. Semoga ia membawa keuntungan, memberikan inspirasi dan membawa kita semua ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Dato’ Ng Suee Lim

EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan

 

 

[caption id="attachment_661952" align="alignleft" width="461"] EXCO Kemajuan Desa dan Luar Bandar, Kemampanan Kampung Tradisi, Perpaduan Nasional, Datuk Rizam Ismail. Foto RADIN WAZIR[/caption]

 

Perayaan ini bukan sahaja peluang untuk kita berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan, tetapi juga untuk memperkukuhkan nilai murni seperti perpaduan, keharmonian, dan rasa hormat. Bersama-sama, kita mampu mencipta masa depan yang lebih cerah untuk Selangor.

Datuk Rizam Ismail

EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna

 

 

[caption id="attachment_661955" align="alignright" width="530"] EXCO Kesihatan Awam, Alam Sekitar, Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau, Jamaliah Jamaluddin. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Saya mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua. Semoga segala urusan anda berjalan lancar! Yang paling penting, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. Mari kita bersama-sama menjadi lebih baik pada tahun baru ini!

Jamaliah Jamaluddin

EXCO Kesihatan Awam & Alam Sekitar

 

[caption id="attachment_661956" align="alignleft" width="502"] EXCO Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan dan Ekonomi Kreatif, Pengurusan Bencana, Najwan Halimi. Foto RADIN WAZIR[/caption]

 

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina! Semoga tahun ular ini membawa limpahan rezeki, kesihatan yang baik dan kebahagiaan berpanjangan. Moga perayaan ini diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Najwan Halimi

EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan

 

[caption id="attachment_644758" align="alignright" width="534"] EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohamad Fahmi Ngah pada majlis pembukaan Pameran Al-Wahyu sempena Festival Turath Islami Selangor 2024 di Masjid Negeri, Shah Alam pada 26 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina. Semoga tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan kepada kita semua. Perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk kita adalah asas kepada kejayaan bersama.

Dr Mohamad Fahmi Ngah

EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi

 

[caption id="attachment_661960" align="alignleft" width="517"] EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Ekonomi Penjagaan Anfaal Saari. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Marilah kita mengambil peluang ini untuk mengukuhkan ikatan keluarga. Semoga musim perayaan ini membawa kegembiraan, kesihatan yang baik dan perpaduan kepada semua. Mari kita terus memupuk komuniti yang kuat dan harmoni menyokong satu sama lain.

Anfaal Saari

EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan

Masyarakat

 

[caption id="attachment_661959" align="alignright" width="549"] EXCO Sumber Manusia, Pembasmian Kemiskinan, Hal Ehwal Orang Asli dan Minoriti, Pengerusi Bersama Jawatankuasa LIMAS, Papparaidu A/L Veraman. Foto RADIN WAZIR[/caption]

Dalam kita seronok merayakan perayaan Tahun Baharu Cina ini, keselamatan diri dan keluarga perlulah dititikberatkan. Sentiasa berhati-hati dan memandu secara berhemah. Amalkan sikap toleransi sesama pengguna jalan raya supaya semua selamat sampai ke destinasi.

Papparaidu Veraman

EXCO Sumber Manusia & Pembasmian Kemiskinan

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.