ad
AGENDA

Dua rakan cedera kereta terbabas masuk gaung lima meter

29 Jan 2025, 6:28 AM
Dua rakan cedera kereta terbabas masuk gaung lima meter

IPOH, 29 JAN: Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira 11.11 pagi daripada orang awam.

“Setiba di tempat kejadian, pihak kami mendapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung.

“Mangsa yang berusia 21 dan 20 tahun mengalami cedera ringan dan telah dibantu orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan bomba telah melakukan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan keadaan kembali selamat.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.