SHAH ALAM, 29 JAN: Klang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan 162, setakat jam 1 tengah hari tadi, lapor Jabatan Alam Sekitar.
Menerusi laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), tiga lagi lokasi di Selangor merekodkan bacaan IPU sederhana iaitu Johan Setia, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Cheras dan Batu di Kuala Lumpur serta beberapa kawasan lain di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.