ad
AGENDA

Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh Miri ditemukan

29 Jan 2025, 5:29 AM
Dua lagi mayat mangsa tanah runtuh Miri ditemukan

KUCHING, 29 JAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri menemukan dua lagi mayat mangsa yang kedua-duanya kanak-kanak perempuan, pagi tadi.

Penemuan mayat itu menjadikan empat mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang dilaporkan pada 2.58 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat ketiga ditemukan kira-kira pukul 11.38 pagi manakala mayat keempat dijumpai 10 minit kemudian.

Sebelum itu, pasukan operasi menemukan mayat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 6.17 pagi dan seorang wanita dewasa pukul 10.53 pagi.

Usaha untuk mencari seorang lagi mangsa, iaitu perempuan dewasa masih giat dijalankan.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.