ad
AGENDA

Tanah runtuh Miri: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus

29 Jan 2025, 4:12 AM
Tanah runtuh Miri: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus

KUCHING, 29 JAN: Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

Terdahulu, operasi mencari JBPM Sarawak menemukan mayat remaja lelaki berusia 17 tahun kira-kira pukul 6.17 pagi dalam kejadian yang dilaporkan pada 2.58 pagi itu.

Dalam pada itu, sebuah jengkaut digunakan dalam operasi terbabit sejak 8:30 pagi untuk membantu kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah di kawasan kejadian dengan tiga lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

Kejadian berkenaan melibatkan dua rumah di kampung berkenaan yang terletak di lereng Bukit Kanada di bandar raya Miri.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.