ad
AGENDA

Enam dikhuatiri tertimbus tanah runtuh, seorang berjaya diselamatkan

29 Jan 2025, 12:03 AM
Enam dikhuatiri tertimbus tanah runtuh, seorang berjaya diselamatkan

KUCHING, 29 JAN: Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian itu dilaporkan pada 2.58 pagi dan mangsa dikatakan melibatkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. Setakat 3.48 pagi usaha mengeluarkan mangsa yang tertimbus giat dijalankan,” kata jurucakap PGO.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng.

Semalam seramai 273 penduduk yang mendiami 32 rumah di Kampung Lereng Bukit diarah berpindah apabila runtuhan tebing Bukit Kanada, menjejaskan kediaman mereka.

Kejadian itu berlaku berikutan hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.