ad
AGENDA

Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas, 176 penumpang selamat

28 Jan 2025, 4:34 PM
Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas, 176 penumpang selamat

BUSAN (Korea Selatan), 28 JAN: Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa bomba, penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas.

Menurut bomba, api kemudian merebak ke badan pesawat, tetapi semua 176 orang yang berada di dalam pesawat berjaya dibawa keluar dengan menggunakan gelongsor kecemasan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut.

-- BERNAMA-YONHAP

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.