ad
AGENDA

Badminton: Wei Chong-Kai Wun naik ranking ke-12 dunia, Pearly-Thinaah kelima

28 Jan 2025, 3:01 PM
Badminton: Wei Chong-Kai Wun naik ranking ke-12 dunia, Pearly-Thinaah kelima
Badminton: Wei Chong-Kai Wun naik ranking ke-12 dunia, Pearly-Thinaah kelima

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Kejayaan menjuarai kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 pada Ahad, membawakan pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menduduki ranking ke-12 dunia, yang terbaik dalam karier mereka.

Berdasarkan kepada ranking dunia Federasi Badminton Dunia (BWF) terkini, Wei Chong-Kai Wun naik satu tangga daripada ke-13 dunia dengan 65,490 mata.

Pasangan pilihan keenam kejohanan itu, melakukan kejutan apabila membuatkan penonton di Istora Senayan, Jakarta terdiam selepas mereka mengalahkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-11, 21-19, dalam masa 38 minit, sekali gus menjuarai Masters Indonesia 2025.

Sementara pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah yang menduduki tempat kedua pada kejohanan yang sama, kembali menduduki kedudukan kelima, menyamai kedudukan terbaik mereka yang dicapai pada Januari 2023.

Pearly-Thinaah, yang sebelum ini menduduki ranking ke tujuh dan gagal menjuarai gelaran pertama mereka tahun ini selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong 12-21, 21-17, 18,21, kini menduduki rankingkelima dengan 77,220 mata.

Bagaimanapun ranking terkini BWF kali ini tidak mencatatkan perubahan besar kepada pemain utama badminton Malaysia yang lain.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_684380" align="aligncenter" width="686"] Aksi beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah ketika menentang wakil Korea Selatan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam peringkat separuh akhir Terbuka India di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi pada 18 Januari 2025. Foto Facebook Badminton Association of Malaysia – BAM[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.