ad
PBT

MBPJ jadi bandar raya contoh, rangkul empat anugerah berprestij

28 Jan 2025, 3:24 AM
MBPJ jadi bandar raya contoh, rangkul empat anugerah berprestij

SHAH ALAM, 28 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima empat pengiktirafan berprestij menerusi Anugerah Kecemerlangan Perancangan 2024 anjuran Institut Perancang Malaysia, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan, MBPJ menyifatkan pencapaian itu mengukuhkan kedudukan sebagai bandar raya contoh yang sentiasa komited menggubal dasar dan inisiatif, ke arah pembangunan pintar serta mampan.

Pihak berkuasa tempatan itu juga bertekad menjadi peneraju dalam mencipta perancangan bandar yang progresif, serta menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup warga Petaling Jaya.

“MBPJ beriltizam untuk terus memperkasa perkhidmatan yang cekap, inovatif dan berkesan bagi memenuhi jangkaan tinggi pemegang taruh serta penduduk Petaling Jaya,” katanya.

Terdahulu, anugerah itu diterima Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon, diiringi Timbalan Datuk Bandar Aznan Hassan dan Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Mohd Fauzi Maarop.

Berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, majlis dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berikut empat anugerah dirangkul MBPJ:

  • Bronze Award untuk kategori Anugerah Penempatan dan Ruang Awam (inisiatif kerajaan) bagi projek Toy Library@Flora Damansara.
  • Silver Award untuk kategori Anugerah Karbon Rendah (Bangunan) bagi projek Perpustakaan Komuniti.
  • Gold Award untuk kategori Anugerah Perancangan Berasaskan Komuniti bagi Projek Pelan Strategik Usahawan.
  • Bronze Award untuk kategori Anugerah Bandar Pintar (Sistem/Produk Pintar) bagi projek Dari Aplikasi Papan Iklan Dalam Talian ke Sistem Papan Iklan Pintar (Smart I-Billboard).

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.