ad
AGENDA

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok

28 Jan 2025, 12:53 AM
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok

KOTA BHARU, 28 JAN: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.25 malam.

Bagaimanapun, katanya, adiknya, Muhammad Asadullah Zehan, 13, masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan oleh pasukan tersebut.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada pukul 6.36 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Asadullah terjatuh terlebih dahulu ke dalam tali air. Abangnya, Muhamad Amirul Mukminin, bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi turut lemas dalam tragedi tersebut,” katanya ketika dihubungi.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.