ad
BERITA UTAMA

Kuih bakul gamit anak muda gotong-royong, tradisi penduduk sejak 12 tahun (FOTO ESEI)

26 Jan 2025, 4:06 AM

Menjelang Tahun Baharu Cina, penduduk Kuala Kubu Bharu (KKB) bergotong-royong menyediakan kuih bakul atau ‘Nian Ga’.

Malah tradisi yang dilakukan sejak 12 tahun lalu itu turut menggamit generasi muda untuk sama-sama menyediakan makanan tradisi masyarakat Cina itu.

Gotong-royong tiga hari dua malam di Kampung Assam Kumbang menyaksikan anak muda serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Kubu Bharu berganding bahu menyiapkan menu istimewa menjelang Tahun Baharu Cina minggu hadapan.

Pemilik perusahaan kuih bakul, Cheng Nian berkata usaha gigih keluarganya menjadikan makanan tradisi itu bukan sahaja terkenal di KKB tetapi menambat hati rakyat Malaysia.

Aroma harum kuih bakul yang dimasak menggunakan kayu getah dan rambutan menjadikan pembuatan kuih tradisi itu mampu bertahan lebih sedekad.

Katanya tradisi Tahun Baharu Cina itu sudah masuk 12 tahun dan sejak tiga tahun lalu beliau menjadikan tradisi kuih bakul KKB itu sebagai jenama produk.

Tahun ini perusahaannya menghasilkan lapan kuali kuih bakul dengan menggunakan 800 batang buluh sebelum dikeraskan dan dihantar kepada pelanggan seluruh negara.

Jurufoto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN merakam Pesta Kuih Bakul (Rice Cake) sempena Tahun Baru Cina di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025.

[caption id="attachment_683888" align="aligncenter" width="1015"] Beras pulut dicuci sebelum dikisar untuk membuat kuih bakul di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683889" align="aligncenter" width="1053"] Selepas dicuci beras pulut dikisar untuk membuat kuih bakul di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683890" align="aligncenter" width="1045"] Chong Qing Wern, 30, menggantung beras pulut selepas dikisar sehingga kering di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683891" align="aligncenter" width="1144"] Kayu getah dan kayu rambutan digunakan untuk memasak adunan kuih bakul di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683892" align="aligncenter" width="1306"] Buluh dipotong dan dijemur sebelum memasukkan adunan kuih bakul di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683887" align="aligncenter" width="892"] Chong Qing Wern, 30, memasak kuih bakul pada Pesta Kuih Bakul (Rice Cake) sempena Tahun Baharu Cina di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683901" align="aligncenter" width="1216"] Kuih bakul dikukus dengan menggunakan kayu getah dan kayu rambutan selama 24 jam di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683894" align="aligncenter" width="1239"] Persiapan untuk mengukus pulut dilakukan bagi membuat kuih bakul di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683895" align="aligncenter" width="1128"] Adunan kuih bakul dimasukkan ke dalam periuk sebelum dikukus selama 24 jam di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683896" align="aligncenter" width="1167"] Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao (kiri) bersama Chong Qing Wern, 30, mengacau kuih bakul yang dikukus di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683897" align="aligncenter" width="1150"] Adunan kuih bakul dikukus 24 jam dalam bekas kukus di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683902" align="aligncenter" width="1099"] Adunan kuih bakul yang siap dikukus dibawa untuk dimasukkan ke dalam buluh ketika persediaan di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683903" align="aligncenter" width="1098"] Penduduk memasukkan adunan kuih bakul ke dalam buluh di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683904" align="aligncenter" width="1096"] Kuih bakul disusun sebelum dibungkus di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683905" align="aligncenter" width="1139"] Chong Qing Wern, 30, menunjukkan kuih bakul yang siap dimasak dan dilabel di Dewan Kampung Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu pada 12 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.