ad
BERITA UTAMA

Petaling Jaya naik taraf kemudahan sukan, sedia anjur temasya Para SUKMA 2026

25 Jan 2025, 5:01 AM
Petaling Jaya naik taraf kemudahan sukan, sedia anjur temasya Para SUKMA 2026
Petaling Jaya naik taraf kemudahan sukan, sedia anjur temasya Para SUKMA 2026

Oleh Yasmin Ramlan

PETALING JAYA, 25 JAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersedia untuk menganjurkan temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor yang dijadualkan pada Ogos tahun depan.

Datuk Bandar Mohamad Zahri Samingon berkata Petaling Jaya menjadi lokasi pertandingan pelbagai acara antaranya hoki lelaki, skuasy, ragbi, tenis dan bola sepak manakala upacara perasmian serta penutup Para SUKMA di Stadium MBPJ.

"Keputusan untuk mengadakan majlis perasmian dan penutupan di stadium itu adalah di peringkat awal, dan jawatankuasa teknikal sedang berusaha untuk menyediakan tempat.

[caption id="attachment_683768" align="alignleft" width="416"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Jawatankuasa teknikal akan memeriksa tempat-tempat ini untuk menentukan tahap kesediaan kerana beberapa kawasan memerlukan pembaikan,” katanya ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah MBPJ di ibu pejabat majlis di sini semalam.

Mohamad Zahri berkata Kerajaan Negeri memperuntukkan dana untuk membaiki dan menaik taraf kemudahan tersebut.

“Kami sudah ada tempat, tetapi Kerajaan Negeri meminta kami membaiki kerosakan kecil seperti paip yang di bawah bidang kuasa PBT. Pembiayaan utama akan datang daripada Kerajaan Negeri atau persekutuan,” katanya.

Pada Isnin, EXCO Sukan berkata Jawatankuasa Pengelola (Induk) SUKMA dan Para SUKMA memutuskan temasya dwitahunan itu berlangsung pada Ogos 2026.

Mohd Najwan Halimi memaklumkan jawatankuasa berkenaan turut menimbang Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai lokasi upacara pembukaan dan penutup rasmi SUKMA edisi ke 22. Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.