SHAH ALAM, 24 JAN: Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah mengagihkan ayam segar, bakul makanan asas dan limau mandarin kepada 250 penduduk sempena perayaan Tahun Baharu Cina.
Dato' Ir Izham Hashim berkata sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban serta membantu persiapan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina yang akan tiba beberapa hari lagi.
"Menjadi rutin setiap tahun apabila menjelang perayaan Tahun Baharu Cina saya akan menyampaikan sumbangan ayam segar, bakul makanan asas dan limau mandarin kepada penerima yang layak.
[caption id="attachment_683684" align="aligncenter" width="691"] Wakil rakyat DUN Pandan Indah Dato' Ir Izham Hashim bergambar bersama penerima sumbangan Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Foto Facebook Izham Hashim[/caption]
"Seramai 250 orang penerima yang terdiri dari pengundi berdaftar di DUN Pandan Indah telah menerima sumbangan kali ini" katanya yang juga EXCO infrastruktur dan pertanian menerusi Facebook.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan RM12 juta diperuntuk bagi baucar Jom Shopping Perayaan.
Sebelum ini, EXCO pembasmian kemiskinan memaklumkan Kerajaan Negeri memperuntuk RM4.76 juta bagi baucar Jom Shopping Perayaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
V Papparaidu berkata 23,800 baucar bernilai RM200 akan diagih pejabat DUN dan penyelaras membabitkan 56 DUN.