ad
ADN

DNS: Wakil rakyat Rawang bawa isu bah, infrastruktur

24 Jan 2025, 12:01 AM
DNS: Wakil rakyat Rawang bawa isu bah, infrastruktur

RAWANG, 24 JAN: Isu banjir dan kemudahan infrastruktur akan dibawa Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 18 Februari depan.

Chua Wei Kiat berkata tumpuan diberikan dengan melontarkan cadangan dan langkah penyelesaian bagi mengatasi kekerapan banjir di kawasan perumahan dan jalan raya utama.

“Visi saya pada penggal kedua selaku wakil rakyat di Rawang menyelesaikan isu banjir dan naik taraf infrastruktur bagi mengatasi kesesakan lalu lintas.

“Kedua-dua isu ini amat dekat di hati rakyat dan saya menyasarkan untuk menyelesaikannya pada 2027,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat DUN Rawang, semalam.

Dalam pada itu, Wei Kiat berkata Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan bagi pembinaan kolam tadahan air untuk mengatasi masalah banjir berhampiran tol Rawang.

Sebelum ini, Speaker Lau Weng San memaklumkan kedua-dua isu tersebut dijangka antara tumpuan dalam sidang DNS yang bakal membuka tirai bulan depan.

Beliau menambah jangkaan itu berikutan kedua-dua isu berkenaan melibatkan kepentingan rakyat yang perlu ditangani dan diselesaikan segera.

Weng San turut memaklumkan tarikh tutup bagi serahan soalan wakil rakyat pada 28 Januari untuk membolehkan pejabat EXCO menyediakan jawapan sebelum sidang berlangsung.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.