ad
AGENDA

Bayi lima bulan antara 21 mangsa korban tanah runtuh Pekalongan

23 Jan 2025, 11:29 AM
Bayi lima bulan antara 21 mangsa korban tanah runtuh Pekalongan
Bayi lima bulan antara 21 mangsa korban tanah runtuh Pekalongan

PEKALONGAN, 23 JAN: Bayi lelaki berusia lima bulan antara 21 mangsa korban tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia.

Semalam pasukan penyelamat yang dibantu polis dan tentera menemui tiga lagi mayat di lokasi kejadian.

Pencarian lima lagi mangsa yang dilaporkan hilang diteruskan pada hari ketiga.

Kejadian yang berlaku Ahad lalu disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan.

Ketua agensi mencari dan menyelamat (Basarnas) Semarang, Budiono berkata jumlah anggota pasukan penyelamat ditingkatkan termasuk bantuan sukarelawan dan penduduk kampung.

Operasi itu berdepan cabaran berikutan cuaca tidak menentu, selain laluan ke lokasi yang rosak.

Mayat mangsa ditemui bawah runtuhan sehingga 4.7 kilometer daripada lokasi tanah runtuh.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih ramai mangsa selain yang dilaporkan hilang.

Sementara itu, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) mengeluarkan amaran cuaca ekstrem melibatkan hujan lebat serta angin kencang yang diramal di beberapa wilayah di Jawa Tengah, bermula hari ini, lapor buletintv3.

[caption id="attachment_683508" align="aligncenter" width="923"] Pasukan penyelamat serta ahli keluarga berkumpul di lokasi tanah runtuh di Pekalongan pada 21 Januari 2025. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.