ad
PBT

MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar

23 Jan 2025, 2:30 AM
MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar
MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar
MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar
MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar
MBSA salur RM66,000 hargai usaha 29 persatuan, individu lestari alam sekitar

SHAH ALAM, 23 JAN: Sebanyak 29 persatuan penduduk dan individu di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memenangi Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (Mini Zee Bee) 2024.

Penerima membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM66,000, plak dan sijil penghargaan atas komitmen cemerlang masing-masing melestari alam sekitar dan mewujudkan kejiranan hijau.

[caption id="attachment_683380" align="aligncenter" width="764"] Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh berucap sempena majlis penyampaian Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (Mini Zee Bee) 2024 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh berkata anugerah itu bagi menghargai usaha komuniti terlibat membudayakan kehidupan harmoni dengan mewujudkan persekitaran hijau, bersih dan sihat.

“Pertandingan ini berorientasikan kebersihan, amalan terbaik, pintar, inovasi, kreativiti dan kejiranan sihat yang memenuhi matlamat pembangunan mampan.

“Ia juga berjaya mewujudkan konsep kejiranan hijau dan persekitaran baharu dalam kawasan kediaman masing-masing,” katanya berucap pada majlis apresiasi pemenang pertandingan Anugerah (Mini Zee Bee) di sini, malam tadi.

[caption id="attachment_683378" align="aligncenter" width="811"] Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh bergambar bersama semua pemenang Anugerah Hijau Komuniti Zon Bersih Mini (Mini Zee Bee) 2024 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurutnya, pertandingan itu dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan melestari alam sekitar dan mempraktikkan kaedah kehidupan lestari.

Melibatkan lima kategori iaitu juara antara juara, terbuka, komponen, pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam terbaik dan 'local warrior' terbaik yang dinilai menerusi beberapa kriteria termasuk konsep kejiranan hijau, pengindahan, kemudahan awam, orang kurang upaya dan amalan gaya hidup.

[caption id="attachment_683377" align="aligncenter" width="740"] Pengerusi Rukun Tetangga al-Husna Seksyen 20, Raja Abd Aziz Raja Ahmad[/caption]

Sementara itu, pengerusi rukun tetangga Al-Husna Seksyen 20, berkata kejayaan komuniti itu merangkul johan bagi kategori juara antara juara dengan hadiah wang tunai RM10,000 memangkin semangat komuniti itu untuk terus melestarikan kawasan kejiranan mereka.

Raja Abd Aziz Raja Ahmad berkata diusahakan sejak 2007, insiatif melestari alam sekitar oleh komuniti berkenaan merangkumi pelbagai aspek termasuk kitar semula, ternakan ikan air tawar, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan yang kini menyumbang hasil pendapatan kepada penduduk sekitar.

[caption id="attachment_683381" align="alignnone" width="885"] Mohd Asri Ismail, Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur dan Barat[/caption]

Bagi pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 17 Timur dan Barat Mohd Asri Ismail kejayaan memenangi tempat pertama kategori terbuka diyakini akan terus mendorong semangat komuniti untuk meneruskan usaha membentuk kejiranan lestari.

“Di pusat komuniti ini, kita wujudkan pusat kitar semula pandu lalu automatik, sistem penuaian air hujan, kebun komuniti selain membentuk pasukan bola dan pickle ball yang mendapat penglibatan kira-kira 500 penduduk termasuk belia,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.