ad
BERITA UTAMA

Selangor sedia pilihan, insentif bantu rakyat miliki rumah sendiri

23 Jan 2025, 2:00 AM
Selangor sedia pilihan, insentif bantu rakyat miliki rumah sendiri
Selangor sedia pilihan, insentif bantu rakyat miliki rumah sendiri
Selangor sedia pilihan, insentif bantu rakyat miliki rumah sendiri
Selangor sedia pilihan, insentif bantu rakyat miliki rumah sendiri

Oleh Amirahwani Rahimi

SHAH ALAM, 23 JAN: Selangor menyediakan pilihan dan insentif untuk rakyatnya memiliki kediaman sendiri, di sebalik jangkaan harga rumah melonjak antara tiga hingga empat peratus tahun ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Dato' Ng Suee Lim berkata usaha itu termasuk pembinaan Rumah Selangorku dan Rumah Idaman di lokasi strategik pada harga mampu milik bawah RM300,000 seunit.

Jelasnya, Skim Smart Sewa yang dilaksanakan sejak 2016 pula meliputi program menyewa sambil menyimpan dalam tempoh tertentu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

[caption id="attachment_683373" align="aligncenter" width="809"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim ketika temu bual khas bersama Media Selangor di bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 22 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Selangor ada penyelesaian untuk membantu mereka yang tidak mampu membeli rumah. (Misalnya), skim sewa ini diberikan kepada mereka yang layak, dengan tempoh maksimum sewaan lima tahun.

"Kita (Kerajaan Negeri) akan sentiasa fikirkan bagaimana untuk ringankan beban rakyat dengan mengeluarkan insentif dan bantuan (kepada mereka)," katanya kepada Media Selangor.

Beliau mengulas isu harga kediaman yang dijangka meningkat di Lembah Klang terutama sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang pesat membangun.

[caption id="attachment_486953" align="aligncenter" width="803"] Rumah Selangorku di Taman Alam Suria, Jeram, Kuala Selangor pada 10 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Awal bulan ini, pempengaruh hartanah Sean Tan menjangka pasaran hartanah bakal mengalami siri anjakan dibentuk keadaan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pilihan pembeli yang berubah-ubah.

Petaling Jaya antara empat bandar bawah pembangunan Lembah Klang Raya Selangor (SGKV), selain Shah Alam, Subang Jaya dan Klang.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dilapor berkata SGKV berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima lembah utama di Asia.

[caption id="attachment_604137" align="aligncenter" width="778"] Penerima rumah Selangorku Amirul Zahin, 30 (kanan) bersama ibunya Jeliah Muhamad, 54 (tengah) duduk di sofa rumah mereka selepas majlis perasmian penyerahan kunci 420 unit Pangsapuri Selangorku @ Seri Temenggung di Pangsapuri Seri Temenggung, Gombak pada 22 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.