ad
AGENDA

Tahap kesedaran pesakit tunai solat rendah, cetus ilham hospital mesra ibadah

23 Jan 2025, 1:00 AM
Tahap kesedaran pesakit tunai solat rendah, cetus ilham hospital mesra ibadah
Tahap kesedaran pesakit tunai solat rendah, cetus ilham hospital mesra ibadah

SHAH ALAM, 23 JAN: Tahap kesedaran menunaikan solat yang rendah dalam kalangan pesakit di hospital mencetus ilham kepada penubuhan konsep hospital mesra ibadah (HMI).

Bekas Pengarah Kesihatan Selangor Dato’ Dr Khalid Ibrahim berkata kajian dilakukan mendapati hanya 14 peratus pesakit di hospital menunaikan solat dan angka itu amat mengejutkannya.

[caption id="attachment_683297" align="aligncenter" width="815"] Bekas Pengarah Kesihatan Selangor Dato’ Dr Khalid Ibrahim dalam program 'Siapa Tahu' di pejabat Media Selangor pada 22 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR.[/caption]

“Hasil dapatan itu membuatkan saya terdetik di hati, ini tanggungjawab siapa, sedangkan solat itu wajib dan pesakit itu di bawah rawatan saya.

“Jadi kami sediakan kemudahan yang cukup untuk membolehkan pesakit solat walaupun atas katil, arah kiblat, bantu sediakan wuduk dan siapkan pengajar untuk bantu pesakit solat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara Siapa Tahu dengan tajuk Pejuang Perubatan Tanpa Nokhtah terbitan Media Selangor.

Dr Khalid merupakan penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2019 selepas memperkenalkan konsep HMI yang bermula di Hospital Sungai Buloh pada 2014.

Kini, HMI disebar luas ke pusat rawatan swasta dan setiap premis perlu menjalani semakan khusus sebelum dapat memiliki pensijilan HMI yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam pada itu, Dr Khalid berkata mereka yang ingin menjadi doktor perlu memiliki daya tahan diri yang kukuh dari sudut mental dan fizikal.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Profesional dan Operasi di Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berkata doktor bukan pekerjaan glamor sebaliknya menuntut sifat tanggungjawab yang tinggi.

“Realiti pekerjaan doktor, jika ini bukan bidang awak, ia bukan. Keputusan peperiksaan yang bagus bukan penilaian utama. Bukan semua orang mampu jadi doktor,” katanya yang juga pensyarah utama perubatan di hospital sama.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.