ad
AGENDA

Polis siasat doktor ayurveda disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu

22 Jan 2025, 7:59 AM
Polis siasat doktor ayurveda disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu

KUALA LUMPUR, 22 JAN: Polis membuka satu kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata pihaknya mengesan isu itu di media sosial semalam membabitkan seorang individu bergelar Datuk Seri palsu yang dikatakan memberikan rawatan Ayurveda di Bandar Puchong Jaya, Puchong tanpa lesen dan pengiktirafan pihak berkuasa.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017, atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anbalagan berkata Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah menyerbu premis terbabit semalam dan mengesahkan tidak mempunyai lesen sah dikeluarkan pihak berkuasa tempatan bagi menjalankan perkhidmatan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan.

“Tindakan notis dan sitaan telah dibuat MBSJ. Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.