ad
AGENSI

Perkukuh agenda negeri, MBI agih lebih RM71 juta untuk pembangunan ekonomi, sosial

22 Jan 2025, 6:23 AM
Perkukuh agenda negeri, MBI agih lebih RM71 juta untuk pembangunan ekonomi, sosial

SHAH ALAM, 22 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mengagihkan sejumlah RM71.58 juta kepada pentadbiran negeri untuk program pembangunan ekonomi dan sosial pada tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop berkata dana tersebut memberi memberi manfaat besar dalam memperkukuh agenda negeri merangkumi pelbagai sektor antaranya pendidikan, komuniti, keusahawanan dan sukan.

“Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, menjayakan semua insiatif MBI Selangor yang telah memanfaatkan RM71.58 juta kepada Kerajaan Negeri untuk pembangunan ekonomi dan sosial sepanjang 2024,” katanya menerusi amanat tahun baharu 2025,

Saipolyazan berkata daripada keseluruhan peruntukan tersebut, sektor pendidikan menerima RM10.6 juta, pembangunan ummah (RM8.13 juta) dan fasiliti Data Internet Selangor (RM500,000).

Program pembangunan komuniti (RM7.29 juta), sektor kelestarian (RM9.98 juta), keusahawanan tempatan iaitu Platform Selangor (RM4 juta), pembangunan sukan (RM10 juta) manakala Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) dan program Kerajaan Negeri (RM2.75 juta).

Sejumlah RM18.88 juta pula diperuntuk untuk pembangunan ekonomi syarikat milikan MBI Selangor seperti Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Media Selangor, Tourism Selangor dan lain-lain.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.