ad
AGENSI

Sultan Selangor abadikan gambar kenangan dihadapan arca seni Yusof Ghani

21 Jan 2025, 3:18 PM
Sultan Selangor abadikan gambar kenangan dihadapan arca seni Yusof Ghani

SHAH ALAM, 21 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan mengabadikan gambar kenangan bersama pelukis dan pengkarya seni tersohor, Yusof Ghani di hadapan hasil arca seni beliau yang kini diletakkan di hadapan bangunan Pustaka Raja Tun Uda (PRTU) Seksyen 13, di sini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, arca berkenaan adalah hak milik Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan dipinjamkan kepada PRTU untuk tatapan pengunjung perpustakaan negeri itu.

"Arca yang menampilkan elemen reka bentuk keris ini adalah hak milik DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan dipinjamkan untuk satu tempoh yang lama kepada PRTU buat tatapan pengunjung," menurut kenyataan itu di Facebook.

Yusof merupakan artis abstrak terkemuka Malaysia. Hasil lukisan beliau pernah pernah dipamerkan di luar negara termasuk London, Madrid dan Hong Kong.

Antara lukisan beliau yang popular termasuk Tari, Topeng, Wayang, Hijau, Biring, Wajah dan Ombak.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.