ad
AGENDA

SPRM beku lebih RM116 juta aset, tahan 1,334 individu pada 2024

21 Jan 2025, 12:30 PM
SPRM beku lebih RM116 juta aset, tahan 1,334 individu pada 2024

PUTRAJAYA, 21 JAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan lebih RM116 juta aset sepanjang tahun lalu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Dalam sidang media khas di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya turut menyita pelbagai aset bernilai lebih RM97 juta menerusi pelbagai operasi bagi tempoh sama.

Beliau berkata statistik turut merekodkan 1,163 kes melibatkan nilai kompaun berjumlah RM60.82 juta.

“SPRM turut melucut hak aset bernilai lebih RM12 juta dan merekodkan nilai kompaun RM60,824,” katanya.

Beliau berkata tindakan pelucutan hak itu dilaksanakan di bawah pelbagai kaedah undang-undang termasuk Kanun Tatacara Jenayah, Akta Pengubahan Wang Haram 2001 dan Akta SPRM 2009.

Azam berkata sepanjang 2024, SPRM menahan 1,334 individu dan 453 daripada jumlah itu sudah dituduh di mahkamah.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.