ad
AGENSI

PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai

21 Jan 2025, 6:05 AM
PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai
PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai
PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai
PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai
PTGS: Tidak kompromi salah laku, pelanggaran integriti kakitangan, pegawai

SHAH ALAM, 21 JAN: Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) tidak berkompromi dengan salah laku atau pelanggaran integriti melibatkan warga jabatan itu.

Pengarah Tanah dan Galian Selangor Dato’ Dr Yusri Zakariah berkata pihaknya komited meningkatkan kesedaran anggota pentadbiran tanah seluruh negeri, khususnya berkaitan integriti dan rasuah.

“Kalau ada kes (salah laku) kita akan tarik keluar mana-mana anggota atau pegawai daripada urusan pentadbiran tanah. Kita akan keluarkan dulu dan dalam masa sama buat siasatan.

[caption id="attachment_683112" align="alignleft" width="425"] Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Dato’ Dr Yusri Zakariah berucap ketika majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di luar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sekiranya betul ada salah laku kita akan kenakan tindakan tatatertib di jabatan masing-masing.

“Kemudian kita akan buat pembetulan kalau ada berlaku perubahan kepada data (pemilik tanah dan sebagainya) kita akan betulkan semula,” katanya ditemui selepas menyempurnakan perasmian treler pemuat rendah (low loader trailer) milik PTGS di sini, hari ini.

Mengulas mengenai siasatan polis berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, jelasnya tujuh yang ditahan adalah dari Pejabat Tanah dan Daerah Klang.

“Satu yang saya nak betulkan sebenarnya, kes itu berlaku di Pejabat Tanah dan Daerah Klang bukan PTGS.

“‘Mereka ini sudah dipindahkan ke jabatan lain (yang tidak melibatkan urusan tanah) sementara menunggu siasatan penuh dari pihak Bukit Aman,” katanya sambil menjelaskan beberapa kakitangan PTGS turut dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Beliau menjelaskan, siasatan dalaman sudah lama dibuat pihaknya yang mengesan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ketika penukaran sistem lama kepada sistem e-Tanah.

“Siasatan ini sebenarnya kita sudah buat lama, sebab kita dalam proses penukaran dari sistem lama ke sistem e-Tanah. Kemudian kita buat siasatan dalaman, panggil jabatan terlibat untuk buat analisis forensik,” katanya.

[caption id="attachment_683113" align="aligncenter" width="1134"] Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor Dato’ Dr Yusri Zakariah memeriksa perbarisan ketika majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di luar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau turut memberi jaminan sistem e-Tanah adalah selamat dan menasihatkan pemilik tanah di seluruh Selangor supaya tidak khuatir dan membuat semakan pemilikan tanah mereka setiap tahun.

“Saya minta kepada orang ramai supaya jangan khuatir kerana keselamatan sistem memang tinggi, cuma sentiasa semak hak milik dan cukai tanah untuk pastikan cukai tanah dibayar dan nama dalam hak milik geran adalan nama (pemilik). Bukan nama orang lain.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya setahun sekali buat semakan dengan membuat carian untuk melihat status (pemilikan) tanah,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dilaporkan berkata 17 individu termasuk tujuh penjawat awam di Selangor ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.

Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan siasatan awal mendapati mereka yang berusia 33 hingga 57 tahun itu dipercayai terlibat mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod berkaitan pindah milik hartanah.

[caption id="attachment_683115" align="aligncenter" width="1245"] Majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa Pentadbiran Tanah Negeri Selangor di luar Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683098" align="aligncenter" width="1152"] Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Dato’ Dr Yusri Zakariah ketika majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.