SHAH ALAM, 21 JAN: Pemilikan aset treler pemuat rendah oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) meningkatkan kecekapan operasi penguatkuasaan di negeri ini.
Pengarah PTGS Dato’ Dr Yusri Zakariah berkata jentera baharu itu juga memudahkan urusan logisitik untuk membawa lori atau jentolak yang dirampas melibatkan kes kecurian bahan batuan ke stor penyimpanan.
“Jentera ini akan meningkatkan kecekapan anggota untuk jalankan operasi dengan lebih cepat dan kerap. Sebelum ini kita pinjam daripada agensi lain, majlis perbandaran atau sewa dengan operator luar.
“Lori atau jentolak yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan perlu dibawa ke stor rampasan PTGS di Seksyen 7, Shah Alam. Jadi dengan adanya jentera baharu ini, urusan logistik lebih lancar,” katanya.
Ditemui selepas majlis perasmian jentera itu, beliau pemilikan aset itu juga akan menaikkan semangat penguat kuasa PTGS untuk membanteras salah laku berkaitan tanah di negeri ini.
“Sebelum ini sukar untuk dapatkan jentera ini, jadi tidak boleh buat operasi secara kerap. Dengan adanya kemudahan ini akan beri keyakinan serta semangat untuk laksanakan operasi penguatkuasaan dengan lebih berintegriti,” katanya.
[caption id="attachment_683098" align="aligncenter" width="697"] Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Dato’ Dr Yusri Zakariah ketika majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_683084" align="aligncenter" width="700"] Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Dato’ Dr Yusri Zakariah ketika majlis perasmian jentera treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_683085" align="aligncenter" width="700"] Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Dato’ Dr Yusri Zakariah melawat rerurai pameran dron selepas majlis perasmian treler pemuat rendah dan perbarisan anggota penguat kuasa PTGS di pekarangan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 21 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]