ad
AGENSI

Sertai forum pelancongan Asean, Selangor kukuh kedudukan destinasi ulung

21 Jan 2025, 3:39 AM
Sertai forum pelancongan Asean, Selangor kukuh kedudukan destinasi ulung
Sertai forum pelancongan Asean, Selangor kukuh kedudukan destinasi ulung

SHAH ALAM, 21 JAN: Selangor mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan terkemuka dengan menyertai Forum Pelancongan Asean (ATF) 2025 di Johor Bahru bagi mempromosi Tahun Melawat Negeri.

Menerusi kenyataan, Tourism Selangor memberitahu usaha itu bagi memenuhi sasaran lapan juta pelancong dan menjana pendapatan RM11.7 bilion menerusi pelbagai kerjasama strategik.

Bertemakan "Surprising Selangor", destinasi utama yang ditampilkan seperti Gombak Hulu Langat Geopark, Taman Tema Air SplashMania, Sawah Padi Sekinchan dan Selangor Fruit Valley.

"ATF 2025 merupakan platform terbaik bagi mengukuhkan keudukan Selangor dalam pasaran pelancongan global. Acara dihadiri delegasi negara Asean dijangka menarik lebih 1,000 pembeli dan penjual.

[caption id="attachment_590506" align="aligncenter" width="812"] Suasana di taman tema air SplashMania di Bandar Gamuda Cove, Kuala Langat ketika tinjauan pada 2 Julai 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Tourism Selangor juga menjangkakan hasil jualan yang tinggi semasa sesi Program Pertukaran Pelancongan ASEAN (Travex) 2025," kata badan pelancongan negeri itu.

Pada masa sama, Tourism Selangor terus menyatakan komitmen untuk menjalin hubungan dua hala dan melancarkan kempen yang mampu meningkatkan sektor pelancongan negeri.

Sebelum ini, EXCO pelancongan berkata Asean penting bagi pertumbuhan pelancongan negeri, dengan merekodkan lebih 3.2 juta pelancong pada 2023, melalui lapangan terbang utama negara.

Menurut Dato' Ng Suee Lim, jumlah tersebut meningkat lebih 300 peratus berbanding 2022, dengan 12.8 peratus daripadanya adalah dari negara Asean.

“Sempena pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025, Kerajaan Negeri menjemput agensi pelancongan, syarikat penerbangan dan rakan kongsi media dari seluruh Asean untuk bekerjasama dengan kami.

"Dengan kerjasama ini, Kerajaan Negeri bersama rakan strategik yang lain mampu mempamerkan kepelbagaian tawaran Selangor melalui pakej pelancongan yang menarik”, tambahnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.