ad
AGENDA

Rumah terbakar: Dua ditemui rentung, seorang selamat

21 Jan 2025, 3:28 AM
Rumah terbakar: Dua ditemui rentung, seorang selamat

ALOR SETAR, 21 JAN: Dua lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Tongkang Yard dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Azhar Mohamad berkata setakat ini, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi dan dimaklumkan terdapat tiga lelaki berada dalam rumah. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Azhar berkata 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar yang dikejarkan ke lokasi kejadian berjaya mengawal api pada 7.11 pagi.

Sementara itu, saksi kejadian Jefri Ahmad, 51, berkata dia menyedari kebakaran berlaku selepas menjenguk ke luar rumah menerusi tingkap setelah mendengar bunyi bising.

"Saya nampak api sedang marak dan terus menghubungi bomba. Saya tahu rumah itu didiami lima individu termasuk dua yang ditemukan rentung," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.