ad
BERITA UTAMA

Awas! Cegah rebakan virus hMPV, kes meningkat tahun lalu

21 Jan 2025, 2:00 AM
Awas! Cegah rebakan virus hMPV, kes meningkat tahun lalu
Awas! Cegah rebakan virus hMPV, kes meningkat tahun lalu

Selepas pandemik Covid-19, dunia kembali dikejutkan dengan penularan wabak Human Metapneumovirus (hMPV) di China.

hMPV adalah virus pernafasan biasa dengan gejala seperti demam, batuk dan hidung tersumbat. Dalam kes yang teruk ia boleh menyebabkan gangguan salur pernafasan dan radang paru-paru.

Bukan penyakit baharu, hMPV dikenal pasti sejak 2001 dan kebanyakan individu terdedah kepada virus tersebut sejak kecil.

Kementerian Kesihatan mengesan 327 sampel positif virus hMPV sepanjang tahun lalu, meningkat berbanding 225 kes yang dilaporkan pada 2023.

Jangkitan HMPV juga tidak wajib dilaporkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Kumpulan berisiko dijangkiti

  • Kanak-kanak bawah usia 5 tahun
  • Individu berusia lebih 65 tahun
  • Sistem imun lemah
  • Mempunyai lelah atau paru-paru obstruktif kronik (COPD)

Gejala

Ringan

  • Batuk kering
  • Selesema / hidung tersumbat
  • Sakit tekak
  • Demam ringan

Sederhana

  • Sesak nafas
  • Lelah atau keletihan
  • Nafas laju dan berbunyi
  • Hilang selera makan terutama kanak-kanak

Serius

  • Bronkiolitis (radang salur pernafasan)
  • Pneumonia (radang paru-paru)
  • Asma yang bertambah buruk
  • Hipoksemia (kurang oksigen dalam darah)

Bagaimana merebak?

  • Batuk dan bersin
  • Berjabat tangan, berpelukan atau bercium
  • Sentuh permukaan atau objek seperti telefon, pemegang pintu, papan kekunci atau mainan

Pencegahan

  • Cuci tangan dengan kerap
  • Tutup hidung dan mulut apabila batuk dan bersin
  • Jaga jarak bila perlu
  • Guna topeng muka di tempat awam
  • Elak sentuh muka
  • Bersihkan permukaan objek yang sering disentuh

Rawatan

  • Tiada rawatan khusus untuk jangkitan ini
  • Kebanyakan kes adalah ringan dan akan sembuh sendiri dalam tempoh beberapa hari hingga seminggu
  • Kawal demam menggunakan ubat antipiretik seperti paracetamol
  • Rehat dan kerap minum air putih
  • Oksigen tambahan boleh diberi kepada pesakit yang sukar bernafas atau tahap oksigen rendah

*Sumber Facebook Public Health I Portal BBC

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.