ad
BERITA UTAMA

Alam kubur 3D, 1,000 artifak antara tarikan Muzium Sultan Alam Shah

20 Jan 2025, 2:00 PM
Alam kubur 3D, 1,000 artifak antara tarikan Muzium Sultan Alam Shah
Alam kubur 3D, 1,000 artifak antara tarikan Muzium Sultan Alam Shah
Alam kubur 3D, 1,000 artifak antara tarikan Muzium Sultan Alam Shah
Alam kubur 3D, 1,000 artifak antara tarikan Muzium Sultan Alam Shah

SHAH ALAM, 20 JAN: Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14 di sini dibuka semula secara rasmi kepada pengunjung 8 Februari ini.

EXCO kebudayaan berkata Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM5 juta bagi kerja naik taraf sejak 2019 dan muzim itu akan dirasmi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menurut Dato’ Borhan Aman Shah, pelbagai tarikan baharu disediakan antaranya 1,000 pameran artifak, pameran alam kubur 3D, sejarah warisan warung makanan dan perkahwinan kaum di Selangor.

“Projek naik taraf bermula 2019 namun tertangguh akibat perkara di luar kawalan pentadbiran seperti pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_683002" align="aligncenter" width="1101"] EXCO Kebudayaan Dato' Borhan Aman Shah (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Sultan Alam Shah Rozzana Rahmat (kiri) melawat ruang pameran Muzium Sultan Alam Shah pada 20 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Muzium memberi nafas baharu menyediakan kemudahan mesra pengunjung dengan mengaplikasi penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), interaktif seni dan sistem respon pantas (QR) pada pameran,” katanya.

Ditemui pada sidang media di muzium berkenaan, Borhan memaklumkan orang ramai boleh hadir secara percuma selama tiga bulan selepas dibuka 8 Februari.

“Harga tiket akan dicadangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) namun berpatutan.

“Bayaran tiket masuk akan dikenakan bagi memastikan kualiti pameran dan penyelenggaraan muzium dapat dilaksanakan dengan efisyen,” ujarnya.

[caption id="attachment_683003" align="aligncenter" width="1190"] Antara tarikan di Muzium Sultan Alam Shah, Seksyen 14, Shah Alam yang dibuka kepada pengunjung pada 8 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_683004" align="aligncenter" width="1164"] EXCO Kebudayaan Dato' Borhan Aman Shah (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Sultan Alam Shah Rozzana Rahmat (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (kiri) melawat ruang pameran Muzium Sultan Alam Shah pada 20 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.