ad
AGENDA

Penganjur festival kapcai diminta beri penjelasan kes gaduh

20 Jan 2025, 12:16 PM
Penganjur festival kapcai diminta beri penjelasan kes gaduh

PUTRAJAYA, 20 JAN: Polis akan mendapatkan penjelasan daripada penganjur All Rider Kapcai Festival berhubung insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan remaja lelaki yang menghadiri program itu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca kemalangan kecil membabitkan dua pihak daripada kumpulan berlainan.

“Sehingga kini, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak. Kami akan terus mempergiat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular video berdurasi kira-kira 30 saat di TikTok memaparkan pergaduhan sekumpulan remaja lelaki dipercayai berlaku di acara itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.