ad
AGENDA

MB: Wanita dalam kerjaya profesional, pembuat dasar makin meningkat

20 Jan 2025, 8:07 AM
MB: Wanita dalam kerjaya profesional, pembuat dasar makin meningkat
MB: Wanita dalam kerjaya profesional, pembuat dasar makin meningkat
MB: Wanita dalam kerjaya profesional, pembuat dasar makin meningkat
MB: Wanita dalam kerjaya profesional, pembuat dasar makin meningkat

SHAH ALAM, 20 JAN: Pembabitan wanita negeri ini dalam bidang pekerjaan termasuk profesional dan ekonomi mencecah sehingga 56 peratus setakat 2023, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan setiap tahun angka berkenaan terus meningkat kira-kira dua peratus sekali gus membuktikan usaha memberdaya jantina yang dilaksana negeri berkesan.

“(Dalam pentadbiran) ada wanita dilantik ketua jabatan seperti yang dipertua, datuk bandar serta pegawai daerah. Ini adalah manifestasi dan sangat konsisten yang kita lakukan sejak 2008.

[caption id="attachment_682938" align="aligncenter" width="1174"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika hadir Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita mulakan dengan program pengarus perdana gender supaya tak ada persepsi dan stigma berkenaan wanita dalam membuat keputusan. Nampaknya sudah diterima dengan baik,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Himpunan Wanita Selangor di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini. Turut hadir EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari.

Sementara itu Wanita Berdaya Selangor (WBS) menerusi kenyataan memaklumkan majlis berkenaan mengumpulkan kira-kira 1,000 pemimpin wanita dari pelbagai latar belakang agama, budaya, pendidikan, dan sosioekonomi.

Agensi memaklumkan penganjuran bertujuan memberi pengiktirafan kepada pihak yang terlibat secara langsung dalam program pemberdayaan wanita anjurannya.

“Program juga menjadi platform menghargai usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkasa wanita Selangor serta membangkitkan semangat kepada penggerak untuk terus memberikan khidmat cemerlang,” katanya.

[caption id="attachment_682943" align="aligncenter" width="1166"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Pusat Wanita Berdaya (PWB) Terbaik kepada PWB Kota Damansara dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_682942" align="aligncenter" width="1258"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) ketika Pelantikan Pegawai Titik Tumpuan Gender (GFP) dan Pasukan Tumpuan Gender (GFT) dalam Majlis Penyampaian Watikah dan Apresiasi Wanita Berdaya Selangor (WBS) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 20 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.