SHAH ALAM, 18 JAN: Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 menjadi medan pencarian bakat baharu untuk mewakili negeri dan negara di temasya antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor Dato’ Mohd Yazid Sairi berkata berdasarkan penganjuran sebelum ini banyak rekod dalam pelbagai acara sukan dipecahkan.
[caption id="attachment_682507" align="aligncenter" width="761"] Ketua Pegawai Eksekutif bagi Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 Dato' Mohd Yazid Sairi ketika program Bicara Semasa di Pejabat Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 14 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Berdasarkan penganjuran sebelum ini, kita dapati banyak rekod di peringkat kebangsaan atau Sukan SEA yang berjaya dipecahkan oleh atlet ketika penyertaan mereka dalam SUKMA,” katanya dalam program Bicara Semasa terbitan SelangorTV.
Selangor bakal menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2026 selepas kali terakhir menjadi tuan rumah sukan berprestij itu pada 1998.
Mengulas mengenai persiapan, Mohd Yazid optimis kemudahan sukan di Selangor berada dalam keadaan sempurna dan selesa untuk menerima kehadiran kontinjen dan penonton dari serata negara.
“Selain itu, penganjuran sukan ini juga akan memberi dampak kepada ekonomi setempat.
"Bila orang ramai datang ke Selangor, menyaksikan acara-acara, ia akan membantu untuk memakmurkan ekonomi masyarakat setempat,” katanya.
[caption id="attachment_659716" align="aligncenter" width="788"] Atlet serta pegawai Selangor menyertai perbarisan lintas hormat kontinjen negeri pada acara pembukaan Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak, 17 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIASELANGOR[/caption]
Terdahulu, EXCO Sukan Najwan Halimi berkata pentadbiran negeri berhasrat menganjurkan acara SUKMA di seluruh daerah bagi memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati semua lapisan masyarakat.
Pada pembentangan Belanjawan Negeri 2025, Dato' Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk melaksana program pembangunan sukan sebagai persiapan SUKMA ke-22.
Dalam pada itu, Dato' Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri menganggar kos lebih RM150 juta diperuntuk bagi menganjur temasya berkenaan selain penggunaan 90 peratus infrastruktur di Selangor.
[caption id="attachment_659651" align="aligncenter" width="808"] Pemain bola wanita Selangor meraih pingat emas dalam perlawanan akhir bola sepak wanita Selangor melawan Sabah ketika Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya pada 23 Ogos 2024.Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]