ad
AGENSI

PWS sasar kutipan wakaf tunai, khas lebih RM85 juta tahun ini

16 Jan 2025, 2:30 PM
PWS sasar kutipan wakaf tunai, khas lebih RM85 juta tahun ini
PWS sasar kutipan wakaf tunai, khas lebih RM85 juta tahun ini

SHAH ALAM, 16 JAN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyasarkan kutipan keseluruhan wakaf tunai dan khas lebih RM85 juta tahun ini berbanding RM60 juta pada 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Anuar Hamzah Tohar berkata PWS yakin sasaran itu mampu dicapai susulan kesedaran orang ramai dalam melaksanakan amalan wakaf semakin meningkat.

Menurutnya, terdapat lebih 16,000 orang berwakaf kepada PWS melalui sistem potongan gaji dan perbankan secara dalam talian sepanjang tahun lalu.

"Tahap kesedaran sekitar dua hingga tiga peratus, jadi apabila adanya peningkatan begini ia satu bentuk makluman bahawa promosi PWS setiap tahun memberi kesan kepada masyarakat terutama golongan T20.

[caption id="attachment_682316" align="alignleft" width="378"] Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Anuar Hamzah Tohar berucap ketika Majlis Perutusan Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) 2025 di Hotel Concorde, Shah Alam pada 16 Januari 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Insya-Allah, kalau berjaya capai (sasaran) ia dapat memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan manfaat wakaf dan mampu salurkan lebih banyak sumber wakaf kepada umat Islam dan bukan Islam di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perutusan Pengerusi PWS Dato' Ibrahim Md Yusof di Hotel Concorde di sini hari ini.

Sementara itu, Anuar berkata PWS akan memperhebat kempen berwakaf tahun ini bagi menarik lebih ramai individu dan syarikat melaksanakan ibadat tersebut sekali gus menjadikan ia satu budaya.

Wakaf tunai boleh dilaksanakan secara atas talian menerusi https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp atau secara potongan bulanan di Sistem Borang Online PWS (https://bo.wakafselangor.gov.my) bermula 1 Januari 2025.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.