KUALA LUMPUR, 16 JAN: Dua beranak cedera selepas kereta dinaiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Wanita berusia 39 tahun dan anak perempuannya berusia 15 tahun diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam kereta berkenaan.
Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Md Izzat Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.44 pagi, sebelum dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dan Pudu dengan 15 anggota bergegas ke lokasi.
[caption id="attachment_682324" align="aligncenter" width="929"] Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dinaiki dua beranak di Jalan Pudu-Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2025. Foto Facebook Bomba Kuala Lumpur[/caption]
“Pokok tumbang itu menyebabkan laluan terhalang dan menghempap kereta dinaiki mangsa.
“Kejadian menyebabkan dua mangsa cedera dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Izzat berkata pasukan bomba, dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok yang menghalang laluan.
- BERNAMA
[caption id="attachment_682325" align="aligncenter" width="1047"] Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan kerja pembersihan dan memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dinaiki dua beranak di Jalan Pudu-Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 16 Januari 2025. Foto Facebook Bomba Kuala Lumpur[/caption]