ad
AGENDA

Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari

16 Jan 2025, 2:05 AM
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 16 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Hulu Perak, Perak serta Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Hulu Terengganu, Terengganu serta dua daerah di Sabah iaitu Tawau dan Semporna.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.