ad
ADN

Lukisan mural hiasi 12 tiang stesen LRT, sokong artis, banteras vandalisme

15 Jan 2025, 11:16 AM
Lukisan mural hiasi 12 tiang stesen LRT, sokong artis, banteras vandalisme
Lukisan mural hiasi 12 tiang stesen LRT, sokong artis, banteras vandalisme
Lukisan mural hiasi 12 tiang stesen LRT, sokong artis, banteras vandalisme

SUBANG JAYA, 15 JAN: Sebanyak 12 tiang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Seksyen 15 (SS15) di sini, diceriakan dengan pelbagai lukisan mural menarik menerusi Projek Sang Seni 15.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata insiatif itu merupakan ilham pejabatnya bersama Prasarana Malaysia Berhad, Fitline dan Quest Studio membabitkan kos RM62,400.

[caption id="attachment_682165" align="alignleft" width="333"] Ahli Dewan Negeri Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze bercakap kepada media selepas meninjau Projek Sang Seni 15 di Stesen LRT SS15 Subang Jaya pada 15 Januari 2025 .Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Objektif projek ini adalah untuk menyokong artis tempatan selain membanteras isu vandalisme. Kita harap mural terbabit juga dapat menceriakan pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

“SS15 dipilih untuk melaksanakan projek pertama bersama Prasarana kerana SS15 sering menjadi hos trend semasa. Jadi kita harap dapat memulakan seni mural ini dan seterusnya ke tempat lain,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau lukisan mural di sekitar Stesen LRT SS15 diiringi Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride), Ashok Panchalingam.

Sementara itu, kurator M Firdaus Omar berkata enam pelukis tempatan terlibat dalam projek berkenaan dengan mengangkat tema mobiliti, komuniti, komersial, dan gaya hidup di SS15.

Mengambil masa dua minggu untuk disiapkan, Firdaus bersama rakan-rakannya berdepan pelbagai cabaran termasuk keadaan trafik dan cuaca untuk menyempurnakan mural berkenaan.

“Setiap hari kami peruntukkan masa 12 jam untuk siapkan lukisan. Memang antara cabaran yang terpaksa kami tempuh adalah keadaan trafik yang agak berbahaya dan cuaca tidak menentu,” katanya.

[caption id="attachment_682164" align="aligncenter" width="1152"] Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze (tengah), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride) Ashok Panchalingam (kiri) dan Kurator Projek Sang Seni 15 M Firdaus Omar bergambar bersama selepas meninjau Projek Sang Seni  15 di Stesen LRT SS15 Subang Jaya pada 15 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.