ad
ADN

Perluas laluan basikal sekitar LRT Subang Jaya, SS15, elak trafik sesak waktu puncak

15 Jan 2025, 9:00 AM
Perluas laluan basikal sekitar LRT Subang Jaya, SS15, elak trafik sesak waktu puncak
Perluas laluan basikal sekitar LRT Subang Jaya, SS15, elak trafik sesak waktu puncak

SUBANG JAYA, 15 JAN: Wakil rakyat Subang Jaya berhasrat menambah laluan basikal di sekitar StesenTransit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya dan LRT SS15 menggunakan peruntukan Projek Selangor Penyayang (PSP).

Michelle Ng Mei Sze berkata kemudahan berkenaan bertujuan mengurangkan kebergantungan pengguna kemudahan awam terhadap kereta sekali gus mengatasi masalah trafik terutamanya ketika waktu puncak.

"Kita akan memanjangkan laluan basikal ini setiap tahun dengan peruntukan PSP, yang juga merupakan dana tahunan Kerajaan Negeri kepada pejabat Ahli Dewan Negeri," katanya ketika ditemui selepas meninjau lukisan mural di sekitar Stesen LRT SS15 di sini.

[caption id="attachment_682164" align="aligncenter" width="791"] Ahli Dewan Negeri Subang Jaya YB Michelle Ng Mei Sze (tengah), Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride) Ashak Panchalingam (kiri) dan Kurator Projek Sang Seni 15 M Firdaus Omar bergambar bersama selepas meninjau di Projek Sang Seni  15 di Stesen LRT SS15 Subang Jaya pada 15 Januari 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Bercakap kepada pemberita, Mei Sze memberitahu Majlis Bandaraya Subang Jaya memperoleh kelulusan kotak percubaan (sandbox) mikromobiliti daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia pada Disember lalu.

Menurutnya, kelulusan tersebut membolehkan perkhidmatan mikromobiliti seperti e-skuter dapat beroperasi di bandar raya berkenaan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Perkhidmatan mikromobiliti memainkan peranan penting terutamanya dalam menghubungkan laluan ke stesen LRT. Ia dapat kurangkan penggunaan kereta dan menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kenderaan.

“Tujuan pelaksanaan sandbox ini juga untuk memberi MIROS ruang untuk mengkaji undang-undang yang boleh diperhalusi bagi menjamin keselamatan jalan raya,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.