SHAH ALAM, 15 JAN: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin hari ini berkenan merasmikan buku seni hiasan Telepuk: Forgotten Flowers Of Gold.
Naskhah gabungan tiga penulis Intan Jailani, Khairulanwar Rahman dan Norhaiza Noordin diterjemah daripada buku Telepuk: Bunga-bunga Emas Yang Dilupai, yang diterbitkan dua tahun lalu.
Majlis perasmian buku terbitan Yayasan Hasanah itu turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Mohamad dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhammad.
[caption id="attachment_682147" align="aligncenter" width="742"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat reruai pameran selepas perasmian majlis Pelancaran Buku "Telepuk: Forgotten Flowers of Gold" di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sementara itu, wakil penerbit buku Abdul Razak Aziz berkata pihaknya menghasilkan kira-kira 10 karya berasaskan seni, budaya dan warisan Melayu, termasuk judul terbaharu itu dalam tempoh hampir 10 tahun.
Bagi buku Telepuk: Forgotten Flowers Of Gold, beliau menjelaskan karya berkenaan sudah ditambah baik dengan beberapa maklumat baharu, selain penambahan artifak yang dikatalogkan.
“Dalam empat tahun ini, kami menganjurkan 10 bengkel telepuk melibatkan 200 peserta. Ia turut merangkumi latihan seni gerus, fesyen dan trend semasa dan ratusan muda sekali gus menghidupkan kembali seni telepuk.
[caption id="attachment_682148" align="aligncenter" width="715"] Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan melawat reruai pameran selepas perasmian majlis Pelancaran Buku "Telepuk: Forgotten Flowers of Gold" di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam pada 15 Januari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kami juga terharu kerana usaha pemuliharaan seni ini diberi pengiktirafan melalui penganjuran Pameran Pesona Telepuk oleh Muzium Tekstil Negara dan Jabatan Muzium Malaysia pada Oktober hingga Disember tahun lalu,” katanya.
Pada Ogos tahun lalu, EXCO kebudayaan berkata pentadbiran negeri akan membuka muzium tekstil Muzium Tekstil dalam masa terdekat sebagai usaha menjaga kesenian warisan tekstil.
Datuk Borhan Aman Shah menjelaskan antara tekstil tradisional berstatus tinggi yang dipamerkan termasuklah telepuk, kelingkan, songket dan batik Selangor.