ad
AGENDA

Qatar: Rundingan gencatan senjata Gaza di peringkat akhir

14 Jan 2025, 2:30 PM
Qatar: Rundingan gencatan senjata Gaza di peringkat akhir

DOHA (Qatar), 14 JAN: Qatar pada Selasa memaklumkan bahawa rundingan gencatan senjata Gaza kini berada pada peringkat akhir dan pengumuman perjanjian dijangka dilakukan dalam masa terdekat, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Draf perjanjian telah diserahkan kepada kedua-dua pihak, Hamas dan Israel, dengan halangan utama dalam isu-isu kontroversi antara kedua-dua pihak telah ditangani.

“Perbincangan semasa di Doha kini tertumpu kepada memuktamadkan butiran yang masih berbaki,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed al-Ansari dalam satu sidang media di Doha.

Ansari turut berkata bahawa pelaksanaan perjanjian gencatan senjata Gaza akan berlaku “dalam masa yang singkat selepas ia dimuktamadkan.”

“Terdapat suasana positif dalam rundingan ini, dan kami optimis terhadap kemungkinan mencapai perjanjian, namun kita tidak boleh terlalu yakin,” katanya.

- BERNAMA-AA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.