ad
AGENSI

Hampir 30,000 ahli Tawas dapat bantuan awal persekolahan

14 Jan 2025, 8:29 AM
Hampir 30,000 ahli Tawas dapat bantuan awal persekolahan

SHAH ALAM, 14 JAN: Seramai 29,019 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang bakal memasuki darjah satu tahun ini menerima bantuan kelengkapan persekolahan.

Eksekutif Pengurusan Program Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) Muhammad Khafiz Asari berkata semua ahli menerima bantuan beg sekolah dan set alat tulis bernilai RM50.

Beliau menjelaskan penerima yang lahir pada 2018 menerima bantuan tersebut menerusi pejabat wakil rakyat atau penyelaras setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita berharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dihubungi Media Selangor.

Tawas, salah satu program kebajikan negeri dilancarkan pada 2008, terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat dan perlu didaftar sebelum anak berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, Tawas ditukar kepada inisiatif Iltizam Anak Selangor (ANAS) yang mana penerima bakal menerima tabungan RM100 setahun sehingga mereka berusia lima tahun menerusi skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.

Bagi inisiatif tersebut, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah RM3 juta diperuntuk bagi menjayakan ANAS dengan menyasarkan seramai 30,000 bayi menerima manfaat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.