ad
BERITA UTAMA

Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah

14 Jan 2025, 2:08 AM
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah
Lapan naskhah terjemahan popular 2024, dari agama hingga falsafah

Rancak menterjemah karya agung bermutu tinggi seluruh dunia, Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) terus giat memperkaya perbendaharaan ilmu dan khazanah bacaan dalam bahasa Melayu.

Ditubuh pada 2016 melalui geran tahunan Kerajaan Selangor, IBDE menterjemah naskhah bertema agama, sejarah negarawan, politik, biografi tokoh, sastera, sains, falsafah dan budaya.

Belanjawan 2025 mengumumkan RM2 juta peruntukan untuk meneruskan usaha penterjemahan karya utama.

Sebelum ini bekerjasama dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, IBDE kemudiannya menjalin usaha sama dengan Media Selangor dalam menerbitkan beberapa naskhah lagi tahun ini.

Usaha tersebut mendapat sambutan penggemar buku. IBDE menyenaraikan lapan buku diterbit tahun lalu dan empat lagi judul diulang cetak pada tahun sama.

Ramuan Kebahagiaan

Karya karangan ulama tersohor dunia Imam al-Ghazali diterjemah Kimiya-yi Sa'adat. Meski sering diutarakan sebagai ringkasan intipati Ihya Ulumuddin, naskhah tersebut juga menerangkan teori psikologi manusia melalui perbahasan mengenai kedudukan jiwa dan pencerapan ilmu pengetahua

Detik-detik Akhir Empayar Utsmaniah

Kejatuhan empayar Turki Utsmaniah selalu menjadi subjek perhatian kalangan penggemar sejarah terutama dalam menilai dampaknya terhadap umat Islam. Prof M Sukru Hanioglu membedah suasana abad ke-20 empayar Islam terakhir itu meliputi perkembangan penduduk, kewangan, sistem pentadbiran, cabaran luar dan dalam secara komprehensif.

Penaklukan Andalusia

Sebuah novel sejarah tulisan Jurji Zaidan memaparkan keadaan di Toledo, Sepanyol bawah pemerintahan Raja Roderic yang kejam sebelum ditakluk oleh tentera Muslim pimpinan Tariq bin Ziyad. Dua perkara penting dalam novel ini: Sepanyol sebuah kota kosmopolitan dengan penduduk daripada bangsa Goth, Yahudi dan Arab dan antara faktor kejayaan Tariq bin Ziyad adalah perlawanan penduduk Sepanyol terhadap Raja Roderic.

Hikayat Hayy bin Yaqzan: Manusia Asuhan Rusa

Novel klasik falsafah karya Ibnu Tufail begitu terkenal. Dunia Eropah terpengaruh dengan tema falsafah yang dibawa sehingga lahir cerita Tarzan, The Jungle Book dan Robinson Crusoe. Seorang anak dipelihara seekor rusa betina di sebuah pulau terpencil. Tanpa campur tangan manusia, kitab dan agama, Hayy membesar dan dapat mengenali ilmu pengetahuan bahkan Tuhan.

Kepada Rumah Api (Virginia Woolf)

Karya ini terjemahan novel To The Lighthouse nukilan Virginia Woolf. Ceritanya mudah tetapi mendalam dan reflektif tentang kehidupan, waktu dan pencarian makna dalam dunia yang penuh dengan ketidakpastian melalui watak sepasang suami isteri Puan Ramsay dan Encik Ramsay. Apakah perkahwinan sekadar beristeri, bersuami dan beranak?

40 Hadis Imam Nawawi: Sebuah Huraian untuk Dunia Semasa

Hadis 40 sinonim dengan pelajaran agama di Malaysia. Apakah yang istimewa edisi ini? Menariknya huraian Hadis 40 diberikan oleh mantan mufti agung Mesir, al-'Allamah Syeikh Ali Jum'ah, merangkumi aspek dan isu dalam dunia kini. Hasilnya, kita mendapati intipati hadis-hadis susunan Imam Nawawi bertepatan dan relevan dengan semangat zaman kini.

Mata-mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60

Melengkapkan koleksi sejarah perang pramerdeka Malaysia, Mata-mata Gelap Malaya tulisan Leon Comber meninjau zaman darurat daripada sudut pandang perisikan – bagaimana kegiatan perisikan berkembang di Malaya, tugas yang dimainkan dalam menjayakan rancangan membasmi pihak pengganas komunis dan ketegangan yang mereka hadapi. Ia mendebarkan, sesuatu yang jarang diketengahkan dan lebih istimewa ditulis oleh bekas perisik Malaya.

Cetera Falsafah

Buku tulisan Bryan Magee ini bukanlah buku falsafah per se tetapi sebenarnya sebuah buku pengenalan kepada tokoh-tokoh dan idea-idea berkenaan dunia, merentasi lebih 2,500 tahun dari zaman Yunani Kuno hingga ke pemikir terbesar abad ini. Kita dibawa berkenalan dengan Socrates, Plato sehinggalah tokoh abad ini seperti Einstein dan Karl Popper dalam halaman-halaman berwarna dan bergambar.

Selain lapan judul tersebut, tahun 2024 juga dipenuhi judul yang diulang cetak dalam suntingan terkini dan berwajah baharu iaitu:

- Turki: Dari Sultan Hingga Ataturk (Andrew Mango)

- Surat Kepada Penyair Muda (Rainer Maria Rilke)

- Sherlock Holmes: Jejak Berdarah (Arthur Conan Doyle)

- Renungan Metafizik (Rene Descartes)

Selain itu, Menghidupkan Ilmu Agama judul kitab terjemahan Ihya Ulumuddin lengkap bahagian satu meliputi lima jilid.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.