ad
ADN

ADN Kampung Tunku tumpu naik taraf prasarana jalan, tingkat keselamatan penduduk

13 Jan 2025, 8:00 AM
ADN Kampung Tunku tumpu naik taraf prasarana jalan, tingkat keselamatan penduduk

SHAH ALAM, 13 JAN: Kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan lampu isyarat antara tumpuan utama Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku, tahun ini.

Lim Yi Wei memberitahu usaha itu diambil bagi meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.

“Selain itu, bagi menangani kepadatan penduduk dan persediaan menuju ke negeri menua untuk kemudahan yang terjamin buat warga emas.

“Saya akan mohon peruntukan sama ada melalui Projek Selangor Penyayang (PSP), Parlimen Petaling Jaya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor,” katanya kepada Selangorkini.

Pada masa sama, Yi Wei berkata pihaknya juga turut memberi perhatian untuk menaik taraf kemudahan sekolah dan rumah ibadat.

“Mesyuarat bersama ahli majlis akan dibuat dengan persatuan sekolah dan rumah ibadat untuk mengenal pasti keperluan mereka.

“Ahli majlis akan meneliti untuk diajukan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya mohon peruntukan melalui akaun amanah,” katanya.

Ditanya mengenai harapan pada tahun ini, Yi Wei mahu segala perancangan yang dirangka Kerajaan Negeri pada Belanjawan 2025 disalur kepada rakyat dengan sebaik mungkin.

“Hasil pelaburan dan rizab negeri merekodkan nilai yang tinggi. Saya harap ia diagih kepada rakyat supaya dapat sama-sama rasai manfaat,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.