ad
ADN

Gotong-royong buat kuih bakul simbol perpaduan penduduk KKB

12 Jan 2025, 1:12 PM
Gotong-royong buat kuih bakul simbol perpaduan penduduk KKB

OLEH SYAZA ATIKAH IBRAHIM

KUALA KUBU BHARU, 12 JAN: Tradisi penduduk Kuala Kubu Baharu (KKB) bergotong-royong menyediakan kuih bakul atau 'Nian Ga' menjelang Tahun Baharu Cina diteruskan tahun ini.

Wakil rakyat KKB Pang Sock Tao berkata tradisi selama 12 tahun itu menjadi simbol perpaduan serta semangat kerjasama komuniti setempat.

"Setiap tahun generasi muda akan berkumpul menyediakan bahan membuat Nian Gao sehingga lewat malam dan masak sehingga awal pagi.

"Saya menyokong usaha anak muda ini dengan turun padang dan memberi suntikan dana bagi menunjukkan kepentingan amalan tradisi nenek moyang kita," katanya kepada Media Selangor.

Gotong-royong selama tiga hari dua malam di Kampung Assam Kumbang melibatkan puluhan anak muda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kuala Kubu Bharu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.