HULU LANGAT, 12 JAN: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI membantu 1,000 pelajar tercicir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 untuk melanjutkan pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama beberapa pihak terlibat bagi menjejaki pelajar berkenaan.
[caption id="attachment_681706" align="aligncenter" width="810"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui media ketika menziarahi pemain bola sepak legenda Selangot Azman Adnan di Hulu Langat pada 12 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Tumpuan menjejaki mereka yang tidak berminat belajar di peringkat SPM, kita ingin menyelamatkan mereka terlibat dengan gejala tidak sihat dengan menawar sertai TVET.
“Ia sekali gus menyediakan peluang pekerjaan selepas menjalani kursus dan program menjejaki mereka bermula selepas hari raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui hari ini.
Ditemui selepas menziarahi lagenda bola sepak Selangor FC Azman Adnan, Azri memberitahu pihaknya kini giat melaksana Didik Kasih bagi menangani keciciran 3M (membaca, mengira, menulis).
[caption id="attachment_681702" align="aligncenter" width="809"] Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berbual mesra bersama pemain bola sepak legenda Azman Adnan ketika menziarahi beliau di Hulu Langat pada 12 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“PTRS kali ini diperluas ke peringkat sekolah rendah yang akan menganjurkan kelas pemulihan literasi dan numerasi secara percuma.
“Dianggarkan 25,000 pelajar di negeri ini gagal menguasai 3M, program juga bermula pada April selepas Aidilfitri,” katanya.
Pada 15 November lalu, pentadbiran negeri menerusi Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM1 juta untuk melaksanakan Didik Kasih bagi menangani keciciran 3M.
Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh Selangor.