ad
AGENDA

Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli

12 Jan 2025, 3:32 AM
Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli
Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli
Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli
Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli
Teruja akses internet lebih baik, peluang promosi kekayaan budaya Orang Asli

Oleh Aliff Haiqal Mohamed

SEPANG, 12 JAN: Kira-kira 300 penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini teruja untuk memanfaatkan kemudahan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) yang diwujudkan selepas kampung mereka terpilih menjadi Kampung Angkat Madani pertama.

Tok Batin Kampung Orang Asli Kelinsing, Rosmaini Baat, 46, menyifatkan kehadiran Nadi sebagai pembuka jalan kepada masyarakat Orang Asli untuk mempromosikan kekayaan budaya mereka ke peringkat global.

[caption id="attachment_681675" align="aligncenter" width="812"] Tok Batin Kampung Orang Asli Kelinsing, Rosmaini Baat[/caption]

"Dengan adanya Nadi, kita boleh mempromosi adat, budaya, serta makanan tradisional kepada dunia luar.

"Dulu orang perlu datang ke kampung untuk melihat semua ini, tetapi kini kita boleh manfaatkan teknologi untuk memperkenalkannya secara meluas," katanya kepada Media Selangor.

Rosmaini ditemui ketika majlis perasmian Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi di kampung berkenaan yang disempurnakan Menterinya Fahmi Fadzil, semalam.

[caption id="attachment_681674" align="aligncenter" width="815"] Penduduk Noren Lechu[/caption]

Penduduk Noren Lechu, 41, bersyukur dengan prestasi capaian internet lebih baik berbanding sebelum ini sekali gus membolehkan penduduk menggiatkan aktiviti keusahawanan dalam talian.

“Dulu internet selalu sangkut-sangkut. Kena pergi jauh dari rumah untuk dapatkan capaian. Sekarang duduk di rumah boleh akses dengan baik. Terima kasih kepada kerajaan kerana memajukan kawasan kami," katanya.

[caption id="attachment_681673" align="aligncenter" width="748"] Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merasmikan Kampung Angkat Madani Kementerian Komunikasi di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang pada 11 Januari 2025. Foto Facebook Kementerian Komunikasi[/caption]

Kampung Angkat Madani merupakan inisiatif kerajaan meningkatkan capaian kemudahan asas secara menyeluruh menerusi pendekatan ‘Whole of Government’.

Menerusi insiatif sama, projek naik taraf keperluan asas turut dilaksanakan meliputi pembinaan semula balai budaya, kantin, tandas awam dan kios perniagaan yang siap pada Disember lalu membabitkan peruntukan RM4.3 juta.

[caption id="attachment_681672" align="aligncenter" width="812"] Penduduk Karim Lugan[/caption]

Sementara itu, penduduk Karim Lugan, 57, berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan asas yang sempurna demi keselesaan mereka dan generasi akan datang.

“Balai raya kami dulu kecil, diperbuat daripada kayu dan atap rumbia. Kini, ia lebih besar dan kukuh. Kemudahan baharu ini sangat membantu generasi akan datang," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.