ad
AGENSI

Bawang Rose Ehsan inisiatif kurangkan kebergantungan bekalan import

11 Jan 2025, 7:30 AM
Bawang Rose Ehsan inisiatif kurangkan kebergantungan bekalan import
Bawang Rose Ehsan inisiatif kurangkan kebergantungan bekalan import
Bawang Rose Ehsan inisiatif kurangkan kebergantungan bekalan import
Bawang Rose Ehsan inisiatif kurangkan kebergantungan bekalan import

KUALA SELANGOR, 11 JAN: Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan yang giat diusahakan di Selangor Fruit Valley (SFV) di sini merupakan inisiatif strategik Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengurangkan kebergantungan negara terhadap bawang import.

Ketua Pegawai Eksekutif PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata projek tanaman itu meningkatkan keupayaan pengeluaran bawang tempatan sekali gus mengurangkan tekanan kepada imbangan dagangan makanan negara.

[caption id="attachment_681579" align="aligncenter" width="727"] Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berucap ketika Lawatan Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan di Selangor Fruit Valley, Rawang pada 11 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Pada masa ini, Malaysia masih bergantung kepada bawang import dari India, Pakistan dan China untuk memenuhi permintaan domestik.

"Jadi usaha ini diambil bagi mengkukuhkan keterjaminan makanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ke tapak projek tanaman berkenaan di SFV, di sini, hari ini.

[caption id="attachment_681582" align="aligncenter" width="770"] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi menuai Bawang Rose ketika Lawatan Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 11 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mohamad Khairil turut memberitahu projek Tanaman Bawang Rose Ehsan juga menawarkan harga yang lebih murah selain membantu pengguna tempatan mengurangkan kos sara hidup.

“Harga semasa bawang rose di SFV adalah sekitar RM6.00 sekilogram banding import mencecah RM6.50 hingga RM11.00 sekilogram di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Terengganu dan Johor.

“Projek melibatkan tanah seluas 25 ekar diuruskan anak syarikat PKPS iaitu Selagro Solution Sdn Bhd. Tanaman menggunakan benih Bangalore Rose dari India yang berkualiti tinggi dan daya tahan terhadap penyakit,” katanya.

[caption id="attachment_681580" align="aligncenter" width="812"] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi melihat teknologi internet kebendaan (IoT) yang digunakan dalam Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan di Selangor Fruit Valley, Kuala Selangor pada 11 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 29 November lalu, Selangor melakar sejarah apabila menuai hasil bawang pertama negeri berjumlah 32 tan menerusi projek Tanaman Bawang Rose Ehsan fasa seluas lapan ekar di pusat pertanian negeri itu.

Memanfaatkan teknologi Internet kebendaan (IoT), tanaman benih dari India ini berkualiti tinggi dan mempunyai daya tahan terhadap penyakit hanya melalui proses penanaman selama 135 hari.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.