ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan rasmi pusat beli-belah, muzium di Bandar Elmina

11 Jan 2025, 6:35 AM
Sultan Selangor berkenan rasmi pusat beli-belah, muzium di Bandar Elmina
Sultan Selangor berkenan rasmi pusat beli-belah, muzium di Bandar Elmina
Sultan Selangor berkenan rasmi pusat beli-belah, muzium di Bandar Elmina

SHAH ALAM, 11 JAN : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyempurnakan perasmian pusat beli-belah Elmina Lakeside Mall (ELM) serta Elmina Outdoor Sculpture Museum (EOSM).

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Ketibaan Baginda berdua disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property Dato’ Seri Azmir Merican.

Hadir sama EXCO Kerajaan Negeri termasuk EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han serta EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Datuk Rizam Ismail.

Selain itu, turut hadir EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Mohd Najwan Halimi; EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin serta EXCO Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melawat pameran dan mendengar penerangan oleh Azmir berhubung projek yang telah, serta sedang dilaksanakan Sime Darby Property.

Azmir ketika menyampaikan sembah ucapan berkata 99 peratus lot premis di Elmina Lakeside Mall sudah disewa sejak beroperasi pada Ogos 2024 dan menarik 180,000 pengunjung pada minggu awal pembukaan.

Beliau berkata pusat beli-belah dengan keluasan yang boleh disewa melebihi 200,000 kaki persegi di atas tanah seluas 17.2 ekar (6.96 hektar) berkonsep reka bentuk terbuka itu mengurangkan penggunaan penghawa dingin.

[caption id="attachment_681576" align="aligncenter" width="1094"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menandatangani plak perasmian diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada Majlis Perasmian Elmina Lakeside Mall dan Elmina Outdoor Sculpture Museum di Bandar Elmina pada 11 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Elmina Lakeside Mall melebihi jangkaan kami sejak awal dengan mencapai kadar 99 peratus lot premis disewa dan menarik 640,000 jumlah pengunjung purata setiap bulan.

“Penambahan strategik ini di Bandar Elmina yang menggabungkan peruncitan dan alam semula jadi mewujudkan pengalaman membeli-belah unik dan menyokong gaya hidup moden,” katanya.

Dalam pada itu, Azmir memberitahu sebagai pelengkap kepada pusat membeli-belah Elmina Outdoor Sculpture Museum turut diwujudkan bagi mempamerkan hasil arca artis kontemporari tempatan dan antarabangsa.

Jelasnya, pameran sulung itu turut mempamerkan arca “The Wealthy Horizons” oleh Abdul Multhalib Musa.

“Muzium ini mewakili sintesis ekspresi artistik, kemampanan dan reka bentuk bandar yang inovatif dalam Bandar Elmina yang meningkatkan ruang komuniti dan pengalaman bagi penduduk setempat.

“Kita percaya inisiatif ini akan mengangkat Bandar Elmina melangkaui pusat kediaman dan komersial menjadi destinasi seni dan budaya,” tambahnya.

Pusat beli-belah itu turut dilengkapi laluan berbasikal, tempat letak basikal, panel solar, 16 ruang pengecas kenderaan elektrik, trek joging dan tasik.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin yang meluangkan masa hampir tiga jam turut berkenan melawat muzium dan beberapa kedai di dalam pusat membeli-belah Elmina Lakeside Mall sebelum berangkat pulang pada 1 tengah hari.

[caption id="attachment_681575" align="aligncenter" width="872"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima cenderahati pada Majlis Perasmian Elmina Lakeside Mall dan Elmina Outdoor Sculpture Museum di Bandar Elmina pada 11 Januari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.