ad
BERITA UTAMA

Bayi maut di taska: EXCO saran ibu bapa rujuk JKM, dapatkan kaunseling percuma

11 Jan 2025, 4:33 AM
Bayi maut di taska: EXCO saran ibu bapa rujuk JKM, dapatkan kaunseling percuma

SHAH ALAM, 11 JAN: Ibu bapa bayi lelaki berusia empat bulan yang meninggal dunia di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Bandar Saujana Putra minggu lalu disaran mendapatkan perkhidmatan kauseling.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata pasangan suami isteri itu boleh mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma di pejabat kebajikan masyarakat daerah oleh kaunselor bertauliah.

“Semalam kita ziarah keluarga berkenaan dan ibu bayi terbabit masih emosi kerana terkesan dengan kejadian itu.

“Kita sudah maklumkan bahawa mereka boleh dapatkan khidmat kaunseling secara percuma disediakan Jabatan Kebajikan Masyarkat. Kaunselor yang hadir ketika ziarah juga telah mengambil nombor telefon untuk menghubungi mereka,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Sebelum ini, ketua polis daerah Kuala Langat memaklumkan menerima laporan daripada seorang doktor memaklumkan bayi itu tidak sedarkan diri ketika dibawa pengasuh taska tersebut pada

Menurut Supritendan Mohd Akmalrizal Radzi, bayi berkenaan tiba dalam keadaan pucat, bibir dan kaki kebiruan, tanpa nafas serta tiada tindak balas pada anak mata.

Bayi tersebut dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada 5.05 petang dengan kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011.

Tambal Anfaal, taska tersebut masih ditutup sejak Isnin lalu dan tidak dibenarkan beroperasi sehingga siasatan polis selesai.

“Setakat ini, dimaklumkan polis telah merekodkan keterangan daripada pengusaha, guru-guru dan mengambil rakaman kamera litar tertutup,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.