ad
BUDAYA

Pinjam

11 Jan 2025, 12:30 AM
Pinjam

kebebasan nafsu pada megah

menyorongmu jauh ke luar lingkung

desakan batas dana

ego masih mengembung

mencari ruang tanpa cerewet

untuk menuai

dari lembar kecil yang tersisip

tawaran haram digit-digit

kau akad ikrar tajam

diapit bunga; mengembang tanpa santun

kelopak berdiam duri

di jantungmu, jam berdegup

mengingatkan tarikh akhir

lebih bererti dari hari lahirmu

berkejar sorok bagai tikus

menggendong janji along.

 

Siti Alimah

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.