ad
AGENDA

Mangsa bah di Manjung meningkat malam ini

10 Jan 2025, 1:42 PM
Mangsa bah di Manjung meningkat malam ini

IPOH, 10 JAN: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung meningkat sedikit malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan 27 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di PPS berkenaan berbanding 18 daripada lima keluarga pagi tadi.

"Kesemua mangsa yang terjejas banjir adalah penduduk dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi serta Kampung Pengkalan Damar," kata kenyataan itu.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan A175 Jalan Selat-Pulau Pebayan di Perak Tengah masih lagi ditutup kepada semua kenderaan berikutan laluan itu dinaiki air setinggi 0.8 meter.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.